Bandar Palu Indonesia telah dibadai oleh tsunami, tidak tersisa satu pun. – Nok Geroh

29 September 2018, Beberapa jam yang lalu iaitu negara jiran kita indonesia telah dilanda Tsunami ekoran dari gempa bumi yang telah berlaku kelmarin dahulu. Bandar Palu, iaitu di Indonesia telah dibadai oleh tsunami selepas gempa bumi kuat menggegar wilayah tengah, kata agensi bencana, ketika gempa memusnahkan bangunan dan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang melarikan diri ke jalanan.

“Tsunami berlaku di Palu,” kata ketua bahagian agensi gempa bumi dan tsunami, Rahmat Triyono, merujuk kepada bandar yang mempunyai 350,000 penduduk yang terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat gempa. Agensi Mitigasi Bencana Nasional dilaporkan berkata, mereka mengalami kesukaran untuk menghubungi pihak berkuasa di Donggala dan Palu memandangkan rangkaian telekomunikasi yang terjejas selain bekalan elektrik pula terputus.

“Banyak bangunan-bangunan yang telah ranap akibat gempa bumi,” menurut juru cakap Sutopo Purtwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini. Penduduk panik dan terpaksa keluar meninggalkan kediaman mereka,”

Agensi Geofizik Indonesia mengesahkan gempa bumi berukuran 7.7 magnitud telah mencetuskan tsunami kuat di Donggala, Sulawesi. Gegaran kuat dilaporkan memusnahkan bangunan dan menyebabkan penduduk panik lari bertempiaran menyelamatkan diri dan bot dibawa air ke daratan

Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia). Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka.”

Bagaimana pendapat anda tentang Tsunami dan Gempa Bumi yang melanda di Indonesia? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!