Cantik betul hasilnya, orang yang tekun dan sabar je mampu mengadap benda ni. – Nok Geroh

27 September 2018, Kreativiti, ketekunan, imaginasi dan kesabaran ini adalah kunci utama untuk membina rumah ‘miniature’. Walaupun proses untuk dihasilkan itu memakan masa yang agak lama namun ia memuaskan. Dengan hanya melihat cara proses pembuatannya sahaja cukup untuk membuat kita rasa teruja.

Inilah perkongsian dari facebook Abam Jeff, bagaimana beliau menghasilkan rumah kayu dengan halaman kampung yang agak kelihatan agak real! Untuk menghasilkan rumah miniatur sebegini, keperincian haruslah dibuat dengan sangat baik supaya ia tidak kelihatan seperti kartun. Jadi untuk menghasilkannya, bukan sahaja kena tahu seni rekabentuk bahkan warna juga memainkan peranan yang penting.

Jika diperhatikan pada video ini, jelas bahan-bahan yang digunakan adalah senang didapati cuma untuk menghasilkan supaya realistik memerlukan daya imaginasi yang tinggi serta pandai bermain dengan warna-warna persekitaran.

Kebiasaanya rumah-rumah miniatur yang berskala kecil ini tidaklah memakan masa yang lama, bergantung sejauh mana keperincian yang diperhalusi. Jika rumah miniatur yang berskala besar, ia memang memakan masa yang agak lama untuk disiapkan, tetapi hasilnya sangat memuaskan. Seolah kita mahu jadi orang kerdil dan menetap disana.

Kepuasan dan hobi sudah tentu menjadi perbezaan dengan orang-orang lain, tapi apa yang menjadikan ia sama ialah minat mereka untuk melihat dari awal proses perekaan sehingga ia akhirnya siap. Video ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita teruja, belum lagi perasaan bilamana kita dapat menghasilkannya dan mempamerkan realistik seni rumah miniatur.

Bagaimana pendapat anda tentang video penghasilan rumah miniatur? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!