CARA MUDAH UNTUK MENGENALI JENIS-JENIS IKAN LAGA BAGI MEREKA YANG BARU BERMINAT UNTUK MEMBELA!

Sekarang banyak sangat jenis-jenis ikan laga @ betta, belum lagi termasuk yang ‘Wild’ . Ok! harini admin akan berkongsi sedikit sebanyak jenis-jenis ikan laga @ betta, mungkin ada yang tidak tersenarai, tapi cukuplah untuk permulaan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia ikan laga @ betta.

Kalau nak di ikutkan banyak dan luas lagi sebenarnya cabang ikan laga @ betta, belum masuk bab pattern, warna dan sebagainya. Untuk pengenalan asas bagi mereka yang baru-baru beli dan nak tahu jenis ape sebenarnya yang dibeli itu, boleh rujuk pada gambar rajah dibawah.



1. Veiltail.

Kalau korang nak tahu, ikan laga jenis ni ‘femes’ suatu ketika dahulu, sebelum adanya jenis jenis terkini. Untuk mengenali ikan laga veiltail ni senang sahaja, korang boleh tengok pada caudal,anal fin serta dorsal. Sirip-siri tersebut panjang dan kebawah. Ni kalau kembang pun sirip semua tak menegak. Jangan ingat dia penakut pulak.

2. Crowntail.

Antara pilihan popular di masakini, samada di negara kita mahupun negara luar. Dinamakan crowntail ni kerana ekornya nampak seperti mahkota. Juga dikenali sebagai Ikan Laga Matahari. Nak kenal dia senang je, jejarum pada kesemua siripnya panjang, dan kelopak antara jarum-jarum tu pendek.

3. Combtail.

Dari segi persamaan combtail dengan crowntail ni lebih kurang je, cuma berbeza pada siripnya, dimana jarumnya tidaklah panjang.

4. Doubletail.

Untuk mengenali jenis doubletail ni sangat mudah, ekornya ataupun ‘caudal’, terbahagi kepada dua. Doubletail juga memiliki sirip atas, atau ‘dorsal’ yang besar.

5. Spadetail.

Sangat jelas dengan namanya, spadetail atau dalam bahasa melayu ‘ekor sped’ . Penghujung ekornya seakan mengecil tajam.



6. Halfmoon.

Boleh dikatakan antara ikan laga betta yang disukai ramai kerana keindahannya. Jenis halfmoon ni besar, jadi bila ia mengembang, jelas kelihatan kemegahannya dengan ekor 180 darjah! Maka muncullah gelarannya “Separa Bulan”.

7. Delta.

Bentuk ekor kalau dilihat daripada badan, ia mengecil pada permulaan ekor dan kembang pada penghujungnya. Seakan seperti segi tiga. Nampak macam lebih kurang je dengan halfmoon kan? Bezanya kalau delta tail ni ‘flare’ ekornya tidak menjadi 180 darjah itu sahaja.

8. Rosetail.

Sebenarnya rosetail ni hasil dari variasi halfmoon, kerana jarum-jarum pada ekornya terlalu banyak dan ‘overlap’ maka terhasilnya seperti bunga rose.

9. Feathertail.

Haa! yang ni feathertail. Mirip macam rosetail, tapi berbeza jika dilihat pada ekornya. Feathertail juga hasil variasi dari halfmoon. Cabang-cabang pada ekornya yang terlampau banyak menghasilkan bentuk seakan bulu burung. Cantik. Dan sangat memerlukan penjagaan yang rapi supaya kekal menarik.

10. Dumbo Ear / Elephant Ear.

Ada yang panggil Dumbo, ada yang panggil Telinga Gajah. Semua tu hanya merujuk pada jenis ni. Ikan laga jenis dumbo ni juga ada variasi nya tersendiri, tapi admin nak fokus kenapa ianya dipanggil telinga gajah. Ini kerana pectoral fins, atau sirip renangnya besar menyebabkan ianya kelihatan seperti telinga gajah. Biasanya pectoral fins ikan ini sama seperti warna pada tubuhnya ataupun berlawanan warna.

11. Shortfin Plakat.

Bilamana kita bercakap pasal plakat/pla-kad , ianya akan merujuk jenis ni. Ia juga mempunyai variasi tersendiri, seperti Tradisional Plakat serti Halfmoon Plakat. Beza antara dengan jenis-jenis lain ialah kesemua siripnya pendek dan seimbang.



DAH JUMPE KE APA YANG NAK CARI?
Sekarang dah tahu macam mana nak kenal jenis-jenis ikan laga? senang je kan. Ye admin tahu, kenapa tak letak yang jenis female sekali, sabar. Akan datang.

Sebarang komen mahupun ada pandangan peribadi, silalah berkongsi dengan admin di ruangan komen.

Kalau rasa artikel ni menarik untuk mereka yang baru menceburi bidang pemeliharaan ikan laga, mohon share ya! supaya ramai yang meminati untuk memelihara ikan laga.

p/s : admin minat giler gold. sekarang baru ada batch F1.

Image by japanesefightingfish.org. Free to use on your site with linked attribution.

Related Posts

About The Author

6 Comments

  1. mposports
    December 1, 2018
  2. link alternatif 18hoki
    December 2, 2018
  3. mposports
    December 2, 2018
  4. qq8788 alternatif
    December 3, 2018
  5. mposports
    December 6, 2018
    • Goodbye Mr.Cool
      December 6, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!