Detik cemas anak kucing ditengah jalan kaku ketakutan sehinggalah ianya berjaya diselamatkan. – Nok Geroh

30 September 2018, Detik-detik cemas anak kucing yang mungkin berlari sendirian sehingga ia terdampar di laluan jalan raya dimana ketika itu kenderaan banyak lalu lalang. Mungkin anak kucing ini mencari ibunya tetapi tersesat dan salah jalan sehingga ia menuju ke jalan raya.

Video yang berdurasi selama 54saat ini cukup mencemaskan bagi sesiapa yang menontonnya, kerana ketika itu banyak kenderaan berat lalu lalang sehingga ada lori muatan berat melintasi anak kucing ini, mungkin pemandu lori tersebut telah perasan dari jauh lagi dengan kehadiran anak kucing ini.

Boleh dikatakan banyak kenderaan yang nyaris-nyaris melanggar anak kucing ini tetapi seakan ada sesuatu yang mengelakkan kenderaan tersebut memijaknya. Hanya beberapa sentimeter sahaja dari tayar namun ianya sedikitpun tidak kena anak kucing tersebut.

Mungkin disebabkan bunyi kenderaan bising dan dengan cahaya matahari yang terik menyebabkan anak kucing ini kaku dan hanya berserah sahaja dengan ketentuan Illahi. Ada beberapa detik dimana dia cuba mengenjak sedikit ketepi jalan namun langkahnya tersekat kerana boleh jadi ini merupakan peristiwa pertama kali beliau diatas jalan raya.

Kita manusia mungkin lupa bahaya Dia telah merancang sesuatu dari awal lagi, dan Dia tidak pernah membiarkan mana-mana ciptaanNya melata. Dan tidak ada sesuatu dibumi ini selain dari perhatianNya yang tidak sama sekali terlepas pandangan. Seperti keajaiban yang berlaku, mungkin pemandu tersebut terdetik dihati ketika melihat anak kucing ini diatas jalan raya.

Ketika itulah insan yang digelar Hero ini muncul dan memberhentikan kenderaannya di belakang anak kucing yang malang ini. Beliau dengan langkah cermat terus keluar dari kenderaan dan menyelamatkan anak kucing dari bahaya. Inilah saat-saat yang manis dan lega. Sesungguhnya kita tidak akan tahu nasib sesuatu keadaan mahupun nasib kita sendiri, maka dalam apa jua cabaran hidup sekali, jangan pernah sesekali berputus asa. kerana pertolonganNya amatlah dekat.

Bagaimana pendapat anda tentang video anak kucing ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!