(GAMBAR) Daun Ketapang serta kebaikkan untuk Betta. Dah tahu ke macam mana rupanya? Seakan pokok Lidah Buaya. Klik dan Baca! – Nok Geroh

Ketapang?
Pokok ketapang ni memang tak asing kat Malaysia, pokok ni hampir ada kat mana-mana je, mungkin korang tak perasan. Orang dulu-dulu guna pokok ni sebagai tempat berteduh sebab dia punya daun boleh tahan lebar juga. Nama botani atau nama ala-ala saintifik untuk pokok dipanggil “Terminalia Catappa” atau juga ” Indian Almond Leaves @ IAL, boleh cuba search wikipedia kalau ragu-ragu dengan admin. Khasiat dia banyak kt mana? Well, untuk ikan nie admin nak bagi batang dia pun tak tergamak besar bapa kot. Ambil daun je ye. Omputeh panggil daun ni Indian Almond Leaves, dorang pun guna daun ni jugak bukan malaysia je. Tapi alhamdulillah kat Malaysia nak dapat daun ni senang, kalau sana mau kena pos-pos beli negara seberang sana. So syukur dipanjat disitu.




Mana kaitannya dengan ikan laga?
Daun ketapang ni dah diguna sejak turun temurun oleh kebanyakan penternak ikan laga dan dipercayai mampu memberi (tenaga luar biasa yang mana-mana haiwan tak boleh peroleh di muka bumi). Air rendaman daun ini memang cukup bagus untuk ikan laga kerana manfaat dari air rendamannya mampu memberi tenaga dalam masa yang sama mengurangkan stress ikan laga. Alhamdulillah daun ni memang tak asing lagi di Malaysia serta mudah didapati, malah masyarakat luar negara berpusu-pusu ingin mendapatkan daun ketapang untuk ikan laga mereka tambahan iklim negara tertentu tidak mengizinkan tumbuhan ini tumbuh bebas.

Admin pernah tengok contest live facebook di eropah, siapa dapat jawab contest tu 5 helai daun ketapang free akan diberi percuma. Percayalah admin cakap, 500 orang komen semata untuk dapatkan 5 helai daun ketapang tuuuu! 5 Helai wei.




Daun ketapang ni mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh mengurangkan nilai ph atau asid dalam air. Namun daun yang dipilih mestilah yang sudah kering kerana hanya yang kering boleh memberi air rendaman optimum untuk ikan laga. Daun ini bukan sahaja boleh merawat luka-luka pada ikan laga malah juga boleh memberi tenaga untuk ikan laga yang murung mahupun untuk pengawanan. Air rendaman daun ketapang ini berwarna agak coklat pudar.


Pokok Ketapang.
Daun ketapang adalah alternatif terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak untuk ikan kelisa ikan ikan koi dan banyak lagi ikan yang kebanyakkan ikan air tawae, antara manfaat lain daun ni mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan.

Daun Ketapang Kering

Antara manfaat daun ketapang untuk ikan laga ialah
1)Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
2)Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
3)Merawat luka-luka pada ikan laga
4)Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
5)Mengoptimum kesihatan ikan laga
6)Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
7)Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
8)Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
9)Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
10)Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
11)Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
12)Mengurangkan stres/murung ikan laga dan memberikan keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan laga




Perhatian/Amaran:
-Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan (yeke? Hmm cam mohong je ni).
-Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan(Getah dari daun yang belum kering sepenuhnya boleh membunuh ikan kesayangan anda).


Cara Penggunaan:
– Sehelai daun ketapang yg kering direndam ke dalam bekas/akuarium.
– 1 helai tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk ikan bergerak.
-Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong menjadi beberapa helaian. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan.
-Boleh digunakan ketika ikan laga sakit/stres.
-Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping memberi tenaga sampingan. *untuk mengawan*
-Ditukar 1-2 mggu sekali.

SELAMAT MENCARI MENGUTIP MEMBURU DAN MEMBUAT DUIT DENGAN DAUN KETAPANG WAHAI TERMINALIA CATAPPA HUNTER!

JIKA ANDA RASA ARTIKEL NI MENARIK SILAKAN SHARE SUPAYA RAMAI YANG TAHU. BANGSA CEMERLANG MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN!

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!