Ini lah air teh kocok sebenar yang padu merecik hawau. – Nok Geroh

28 September 2018, Sebut sahaja air teh pasti ramai netizen telah mencubanya. Kalau dahulu kita mungkin hanya ada dua jenis teh sahaja, iaitu air teh 0 dan air teh. Sekarang sudah ada beraneka jenis. Bahkan bukan sahaja dari segi rasa yang kepelbagaian malahan ada cara tersendiri untuk membuatnya sebagai penambah rasa estetika.

Apa yang membuatkan teh lebih istimewa daripada minuman yang ialah kerana rasa aromanya yang unik, setanding kopi tapi teh dalam kelasnya tersendiri. Dan rasa yang menyenangkan disamping penambah rasa yang beraneka itulah yang membuatkan teh bukan minuman biasa-biasa.

Tahukah anda sejarah teh bermula dari 5000 tahun yang lampau di cina dimana mereka mengamalkannya sebagai pembuka selera mahupun sebagai penambah kesihatan.Dan teh yang sebenarnya ialah hanya daun teh kering yang telah dijemur, cara hidangnya ialah dengan menuangkan air panas sahaja keatas daun teh dalam cawan. Disitulah aroma dan rasanya akan menonjol.

Rakyat Malaysia merupakan penggemar teh yang tegar, walaupun ketika ini banyak teh yang telah dicampur dengan pewarna supaya ia kelihatan lebih merah dan pekat namun ianya tidak menghalang peminum tegar teh untuk berhenti.

Memang sudah ada dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengatakan teh yang mengandungi pewarna adalah merbahaya tapi itu tidak menghalang para peminat teh untuk menikmatinya kerana teh yang tidak merbahaya banyak terjual di pasaran.

Bagaimana pendapat anda dengan pembuat teh dalam video ini? Menarik bukan? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!