Inilah Kita Mahukan. Bangsa Bersatu Di Atas Nama Islam. Semangatnya Jemaah Haji Dari Jepun, Korea Dan China.

4 Ogos 2018, Mungkin diantara kita ini adalah pertama kali melihat bagaimana 3 negara bangsa bersatu atas nama islam mengerjakan haji sambil melaungkan Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak yang bermaksud Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.



Semangat penyatuan 3 negara bangsa iaitu Jepun, Korea dan China ini dapat dilihat bilamana mereka bersama sama berjalan sambil melaungkan kalimah menyatakan mereka datang ke Baitullah. Dan jika Diizinkan oleh Allah s.w.t., negara mereka bakal menjadi negara islam, nescaya kekuatan umat islam akan bertambah dan makin perkasa. Inilah yang kita mahukan dalam penyatuan sesama kita. Yang membezakan hanya iman dan takwa.



Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan.Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawaban beliau,

إطعام الطعام و طيب الكلام
“Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik” – (HR. Hakim no. 1778)

Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan.



Demikianlah kriteria haji mabrur. Kriteria penting pada haji mabrur adalah haji tersebut dilakukan dengan ikhlas dan bukan atas dasar riya’, hanya ingin mencari pujian, seperti ingin disebut “Pak Haji”. Ketika melakukan haji pun melalui jalan yang benar, bukan dengan cara menipu atau menggunakan harta yang haram. Ketika melakukan manasik haji, harus menjauhi maksiat, ini juga termasuk kriteria mabrur. Begitu pula disebut mabrur adalah sesudah menunaikan haji tidak boleh lagi berbuat maksiat tetapi berusaha menjadi yang lebih baik.



Adalah menjadi tanda tanya besar jika seseorang selepas haji masih meneruskan maksiat yang dulu sering ia lakukan, seperti seringnya ponteng solat lima waktu, masih suka mengisap rokok atau malah masih berseronok berkumpul untuk berjudi. Kalau di kalangan artis pula masih aktif dengan aktiviti lama mereka dan kalau yang perempuan masih tidak menutup aurat, malah masih ada yang berpakaian seksi. Manakala para pemimpin pula tidak menunjukkan sebarang perubahan pada cara kepimpinan mereka, masih mengamalkan rasuah, menipu dan tidak amanah.

Jika demikian keadaannya, maka sungguh sia-sia haji yang ia lakukan. Pembiayaan yang beribu dan tenaga yang tercurah selama haji, jadi sia-sia belaka.



Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!