Inilah yang dinamakan anak emas dan yang sekor lagi tu anak pungut. – Nok Geroh

30 September 2018, Adakalanya kita akan terasa bahawa dunia ini tidak adil bukan? Begitu juga kes bayi kucing ini dimana beliau mendapat perhatian lebih berbanding saudaranya iaitu bayi anjing. Manusia mungkin tidak akan memahami bahasa haiwan tetapi jika mereka boleh berkata-kata pasti mencuit hati dengan situasi dalam video ini.

Lihatlah bagaimana bayi anjing itu bertungkus lumus untuk mendapat bahagian susuannya, walaubagaimanapun bayi kucing yang comel itu tidak mahu mengalah.

Walaupun mereka berdua ini berlainan jenis, tetapi naluri seekor ibu haiwan iaitu sifat keibuan tidak akan sesekali menyakiti mana-mana haiwan yang masih bayi. Seakan mereka memahami satu sama lain walaupun berbeza jenis.

Begitujuga, tular suatu ketika dahulu seekor singa betina yang ingin membaham ibu babun, setelah dia menerkam ibu babun tersebut, kelihatan bayi babun yang sedang memeluk erat ditubuhnya. Akan tetapi singa betina itu tidak membunuh bayi babun tersebut malah beliau menjaganya buat seketika.

Itulah naluri haiwan yang pasti akan ada sifat belas kasihan. Jarang kita melihat bayi-bayi haiwan dibunuh oleh pemangsa, melainkan ianya dimakan oleh sesama sejenis kerana sifat dominan. Sepertimana kucing jantan, ianya akan memakan anak kucing jika ia merasakan anak itu lebih dominan daripadanya apabila besar nanti. Walaubagaimanapun kes ini sangat jarang berlaku. Berbalik kepada bayi kucing tadi, ternyata beliau lebih dikasihi berbanding bayi anjing. Agak comel telatah mereka bukan?

Bagaimana pendapat anda dengan perkongsian video anak kucing berebut menyusu dengan anak anjing ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!