MAKANAN UNTUK FRY BETTA YANG BERKHASIAT!

Makanan antara sumber yang penting untuk membesarkan fry selain daripada kualiti air yang baik. Setiap pemakanan ini mengikut peringkat pembesaran anak ikan betta. Boleh ke fry betta umur 3 hari makan pellet yang telah dihancurkan? Alahai menangis la admin nak jawab. Haha!



Baiklah, tanpa membuang masa dan supaya korang baca sampai habis. Ingat! semua pemakanan ini adalah antara kebiasaan orang bagi, jadi semuanya umum. Admin pon nubis kubis lagi dalam bab betta.

1. KUNING TELUR.

Caranya senang, ambil telur ayam dan rebus. Rebus sehingga masak, dan ambil yang kuning sahaja. Hancurkan telur kuning tersebut atau lenyek dengan penapis..sehingga betul-betul halus. Lepastu ambil secubit,letakkan dalam mangkuk kecil, isikan air. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali, gunakan penyedut ataupun syringe, dan titik kedalam bekas fry betta. Pemberian kuning telur ni seeloknya 2x sehari dengan kadar sedikit supaya tidak mengotorkan air. INGAT, kuning telur adalah langkah terakhir walaupun ianya penuh dengan protein, tapi kualiti air adalah lebih diutamakan untuk memastikan fry sihat sejahtera.

Telur merupakan sumber yang kaya dengan protein bukan sahaja bagus untuk manusia, bahkan juga untuk fry betta!. Yeke ni? Yup! tapi kegunaan kuning telur ni sangat minima dan sebagai cara terakhir jika tiada makanan lain untuk diberikan kepada fry. Kuning telur seeloknya diberi pada fry yang berusia 1 hari sehingga 5 hari lepastu boleh bagi BBS (Baby Brine Shrimp / Artemia ).

2. INFUSORIA.

Untuk mendapatkan infusoria ni, pastikan ianya disediakan lebih awal kerana proses untuk kultur ni memakan masa seminggu. Caranya, sediakan bekas atau balang biskut raya. Isikan air masak,air paip, air mutlak dan sewaktu dengannya, masukkan sayur-sayuran sepert kobis, sawi atau apa-apa sahaja tumbuhan. Ambil bekas tadi, letak dikawasan yang terdedah dengan cahaya matahari. Biarkan selama seminggu atau lebih sehingga air tu kelihatan jernih semula. Ambil penyedut atau syringe dan titik kedalam bekas fry. Infosuria ni tidak mengotorkan bekas fry, tapi tak perlu letak satu cawan sebab 1 titik tu dah beribu-ribu infusoria.

Infusoria seeloknya diberi pada fry yang berusia 1 hari sehingga 7 hari lepastu boleh bagi BBS (Baby Brine Shrimp / Artemia ). Infusoria juga antara makanan yang wajib ada bagi setiap breeder untuk memastikan fry dapat membesar dengan selamat dan tidak mengalami kebuluran. Infusoria ni boleh kultur dan kultur, stok takkan habis. MWAHAHA!



3. Vinegar Eel.

Vinegar Eel atau Cacing cuka ni memang tidak asing lagi dalam dunia betta, cuma jarang-jarang orang gunakannya. Cacing cuka ni sebenarnya antara yang baik untuk fry betta, pembesaran fry pun cepat dan peratusan hidup tu tinggi. Untuk permulaan cacing cuka ni, korang perlukan starter kultur dahulu. Biasanya ada je jual dalam group atau page betta. Okay, lepas tu gunakan cawan plastik yang baru. Isikan air 1/4 cawan cuka epal, 1/4 cawan air mineral, 1/4 cawan sesudu gula dan sehiris epal hijau memadai nipis sahaja. Letakkan cacing cuka starter sedikit. Tutup cawan plastik tu dan tak perlu buat lubang. Biarkan selama 2 minggu, baru tengok hasilnya.

Nampak je macam ni, tapi barang baik ni. Untuk fry, memadai 6 titik untuk 2 kali sehari. Sesuai untuk fry berusia 1 hari sehingga 10 hari lepastu boleh bagi BBS (Baby Brine Shrimp / Artemia ) , Bloodworm hidup yang kecik atau dipotong halus atau Kutu Air (Moina / Daphnia). Cacing cuka ni mampu bertahan sampai 5 bulan. Wuuu power! boleh kultur dan kulturr INFINITI.

4. BBS @ Baby Brine Shrimp / Artemia.

Ok! kita mulakan makanan yang menarik, dan advanced. Artemia atau BBS ni memang antara makanan yang terbaik untuk fry meningkat junior dan saingan utama bagi kutu air. Kelebihan artemia ni, mempercepatkan proses pembesaran fry ke junior dan juga kualiti air tidak mudah tercemar. Banyak cara untuk menetaskan artemia atau bbs ni, tapi admin suka gunakan yang HATCHING WITHOUT AIR PUMP. Untuk mereka yang breed ikan sekadar hobi amat sesuai untuk gunakan artemia yang ditetaskan tanpa menggunakan pam udara. Jimat masa dan tidak leceh seperti cara manual. Admin kongsikan cara bbs yang tetas tanpa pump udara. Sediakan 1 bekas segi empat, contoh bekas cotton bud yang 4 segi tu. Korang isikan air separuh sahaja, letakkan garam akuarium 1 sudu teh atau sudu KFC. Gunakan 1 lagi cawan lutsinar, alaahh cawan yang tempat kenduri tuu. Bukan cawan polistrin! OK, cawan tu potong bahagian tapak. Dan gunting dibahagian bibir cawan tu seperti pintu gerbang. Letakkan cawan kedalam bekas tadi secara terbalik. Ambil artemia atau bbs td dengan sesudu teh atau sudu KFC, tabur dalam cawan lutsinar korang tu. Sekarang artemia tu terapung. Biarkan selama 24jam, tempat yang gelap. Selesai nanti, korang gunakan torchlight, nanti artemia datang. Sedut pakai syringe. Siap!

Ni gambar fry yang telah makan artemia tu. Fuh kenyang wei!. Artemia ni elok dibagi 2 kali sehari dan sesuai untuk fry berusia 7 hari atau 10 hari sehingga 2 bulan. Artemia biasanya boleh bertahan selama 3 hari dalam bekas korang buat tu. Jadi kalau banyak buat batch fry, kena standby awal-awal. Ni kaedah paling senang, nak dapatkan pon senang. Ramai seller yang jual dalam group.



5. Kutu Air @ Moina / Daphnia

Kutu air ni senang sebenarnya nak cari, rajin dengan tak je.Hehehehe. Kebaikkan kutu air ni sebenarnya mempercepatkan tumbesaran fry dan juga memberikan sumber optimum kepada fry. Bukan setakat fry, malah ikan laga dewasa juga boleh diberikan, oleh kerana ianya kecik tapi boleh diberi dengan kuantiti yang banyak. Untuk kultur ni agak remeh sikit, sebab kutu air ni datang dari tempat asal kalau beralih tempat nanti diorang kejutan budaya, hahaha melawak je. Boleh kultur kutu air! korang sediakan 1 besen atau tangki besar, pastikan air tu hijau (jemur tengah panas matahari selama 2 atau 3 minggu disulami dengan kobis atau sawi) lepastu dapatkan starter kultur kutu air, dan letakkan dalam tangki tu. Tapi zaman sekarang makin mudah, tanpa air hijau pon korang boleh kultur. Cuma kena beli uncang biak kutu air. Macam mana nak dapatkan? Dalam group ada seller. kalau korang boleh kultur sendiri, memang jumlahnya tidak akan habis dan INFINITI! MWAHAHA.

Ada 2 jenis umum kutu air, dapnia dan moina. Bezanya kecik dan besar sahaja. Macam dalam gambar ni spesis besar, biasanya kutu air ni sesuai diberikan kepada fry yang berusia 10 hari sehingga meningkatkan dewasa. Korang tak perlu risau pasal kualiti air, kerana ianya tidak mudah tercemar cuma jangan la korang bagi 1 senduk. Memadai untuk kenyang fry sahaja.

6. Microworm.

Microworm atau cacing mikro ni bagus untuk fry yang berusia 7 hari dan sehingga berusia 3 minggu. Memadai untuk memberikan fry makanan yang secukupnya. Senang sahaja kalau korang nak kultur microworm tapi kena dapatkan starter terlebih dahulu. Mana nak cari? Dalam group ramai yang jual. OK! Bila dah ada microworm ni, korang beli roti yang jenis Wheats! Letakkan dalam bekas, contoh bekas kuih raya ker, lagi tinggi lagi elok. Senang nak scoop nanti. Lepastu titiskan air pada roti tu bagi lembab sikit, dan letakkan microworm tadi. Biasanya dalam masa 2 hari diorang dah bercambah berbilion bilion. Serius. Billion. OK! Bila masa nak tuai? bila diorang dah mula memanjat kat dinding bekas tu, korang scoop dengan scrapper ataupun apa apa sahaja yang boleh scoop. Dan bagi kepada fry. Siapp. Mudahkan? Microworm ni korang kena rajin sikit tengokkan balang tu. Biasanya 3 minggu korang boleh buat bekas lain pulak, jangan dedahkan pada cahaya matahari. Dan bila dah berkulat, korang kena buat bekas yang baru. Repeat macam awal tadi. Production? INFINITI!! MWAHAHAHA.

Inilah rupanya kalau nak tengok rupa microworm yang bakal menjadi mangsa fry! Microworm sesuai diberikan pada fry berusia 7 hari dan sehingga 3 minggu sahaja. Tak cukup tenaga kalau nak bagi fry cepat besar sebab microworm ni halus.



MACAM MANA? OK X OK?
Senangkan nak bagi fry cepat besar, cuma korang perlu sediakan makanan terlebih dahulu sebelum buat proses breeding. Takut fry tak sempat makan nanti kebulur, bila kebulur diorang berkanibal (melawak).

Kalau korang rasa artikel ni menarik dan sesuai untuk mereka yang baru lagi dalam ikan perhiasan betta, KONGSIKAN ARTIKEL ini dan LIKE PAGE BETTA ORKID EMAS!

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!