Nemo Betta 2018 melangkau sejarah dunia ikan betta.

12 Disember 2018, Kecantikkan ikan laga atau betta terus ‘digilai’ oleh penghobi seluruh dunia. Kepelbagaian trend serta pattern yang penuh variasi telah menarik ramai minat mereka yang baru menceburi bidang penternakan ikan laga mahupun yang telah lama menjalaninya.



Nampaknya, demam nemo atau candy kini semakin reda selepas ledakkan demi ledakkan pattern jenis ini dipasaran, namun ianya masih bertahan. Pattern nemo ataupun candy ini juga mempunyai gred tersendiri samada, fullblock ataupun yang mempunyai warna cello. Keunikkannya ialah warna pada badannya seakan gula-gula ataupun mirip warna belang ikan nemo dilaut. Itulah yang menjadi tarikan utama peminat-peminat ikan laga untuk memiliki variasa warna seperti ini.

Dikatakan harga permulaan dalam sesi pembidaan, ikan ini mencecah ribuan ringgit! Ini kerana, hasil persilangan warna serta corak telah melahirkan jenis pattern yang baru, walaubagaimanapun candy ataupun nemo ini masih dalam kategori fancy.



Tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit dipermulaannya, untuk melahirkan banyak generasi kerana permintaan jenis ini sangat tinggi dan mahal nilainya dipasaran. Oleh kerana itu, harganya masih stabil dipasaran walaupun ada yang menjual dengan kadar yang rendah.

Bagi segelintir peminat, harga yang mahal bukannya satu penghalang kerana minat yang mendalam itu tiada batasan. Mungkin penutup 2018 ini, akan menunjukkan bahawa betta nemo atau candy ini merupakan ikan hot sepanjang tahun!



LIHAT VIDEO DI BAWAH:

Selamat membela. Like, follow page Nok Geroh untuk membaca artikel. Jangan lupa comment dan share!

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!