Pemburu serangga buat ‘robot dance’, sekali di zasss jer terus melekat kat mulut. Sesumpah. – Nok Geroh

27 September 2018, Sekilas pandang macam reptilia biasa tapi tahukah anda bahawa ia mampu menyerang serangga dalam beberapa saat sahaja? Inilah yang dipanggil Sesumpah.

Sesuai dengan namanya sesumpah atau dalam bahasa inggeris iaitu ‘chameleon’ , bukan sahaja boleh menguasai warna persekitaran dengan tubuh malah boleh mengadaptasi persekitaran dengan kulitnya. walaupun pergerakkan agak kelihatan macam terbatas tapi sebenarnya ia sangat licik. Mana-mana serangga sekalipun tidak dapat mengagak reptilia seperti sesumpah ini.

Mata sesumpah boleh melihat persekitaran sekeliling dengan pusingan 360 darjah! agak hebat bagi reptilia sebesar ini kerana mampu melihat pandangan sepertimana burung hantu. Seolah tiada titik buta ketika melakukan pemburuan. Tengoklah video diatas, dimana sesumpah itu memperdaya serangga sejenis pepatung yang mana kita tahu, penglihatan pandangan seekor pepatung ni sangat hebat!

Tahukan anda mata pepatung ini telah diadaptasikan dalam kenteteraan? Ya, ‘helmet’ untuk pengemudi jet pejuang, kerana pandangan pepatung juga tidak terbatas! walaubagaimanapun dalam kes ini, ia terpedaya dengan teknik penyamaran sesumpah kerana tidak dapat mengagak serangan yang sesumpah bakal lakukan.

Tengoklah bagaimana sesumpah ini menyerang dengannya, walaupun lidah itu berlipat dan bergulung, sebenarnya tenaga yang sesumpah menyerang dengan lidah itu sangat kuat dan pantas, itulah salah satu sebab lain mengapa pepatung tidak dapat membaca teknik menyerang sesumpah. Inilah sesumpah, ‘Master Of Disguise’.

Bagaimana pendapat anda tentang video sesumpah ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!