Seni lukisan yang memukau mata yang melihatnya, kecil dan mempersona. – Nok Geroh

28 September 2018, Tular di media sosial dimana seorang artis jalanan sedang menyiapkan lukisan beliau diatas sekeping cermin kaca. lukisannya mendapat sambutan hangat dimana mendapat 235K kesukaan, 31K komen dan 1 Juta perkongsian serta 35 Juta tontonan!

Apa yang menariknya ialah cara beliau menghasilkan gambar pemandangan pada sekeping kaca yang lut sinar, walaubagaimanapun bilamana beliau menyapukan warna pada kaca tersebut, ianya bertukar menjadi lukisan yang cantik.

Sebenarnya artis jalanan adalah artis sebenar, dengan memiliki bakat yang tiada pada mereka yang ada nama. Golongan sebegini amat sukar untuk dilihat di media sosial dan jarang mempopularkan diri mereka. Bakat-bakat sebegini sepatutnya ditampilkan dihadapan dan bukannya artis yang hanya mahukan nama sahaja.

Lihatlah cara beliau menghasilkan lukisannya, cukup mempersonakan dan memukau sesiapa sahaja melihatnya. Barangkali kalau lukisan sebegini diterjemahkan pada kanvas dan cat minyak nescaya boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Cara beliau menghasilkan tone warna amat menarik sekali, seakan lukisan itu bernyawa walaupun ianya berlatarbelakangkan pemandangan bukit bukau mahupun suasana matahari terbenam.

Apa yang lebih menarik lagi, lukisan beliau terus di ‘frame’ kan bersama sekeping lagi kaca dan ia sangat menarik untuk dijadikan cenderahati ataupun hadiah. Mungkin lukisan beliau sangat laris sehinggakan menjadi tumpuan mereka yang lalu lalang dan mahu beliau hasilkan segera. Menarik bukan?

Bagaimana pendapat anda tentang kebolehan artis itali ini? Kongsikan pendapat anda diruangan komen, like dan share posting ini. Jangan lupa follow page Nok Geroh untuk mengikuti info dan isu semasa.

Related Posts

About The Author

Add Comment

error: Content is protected !!